Tuesday, 19 February 2019

KESIMPULAN

Proses pembentukan air kencing (urin) dalah suatu proses yang penting dan berterusan di dalam badan manusia ataupun haiwan.


Proses ini melibatkan organ perkumuhan (buah pinggang) sebagai agen penapis darah.

Darah akan di tapis di dalam ginjal(buah pinggang) menggunakan struktur yang bernama NEFRON, yang mengandungi pecahan-pecahan bahagian di panggil RENAL CORPUSCLE. 

Bahagian RENAL CORPUSCLE terdiri daripada dua struktur yang di panggil GLOMERULUS dan BOWMAN'S CAPSULE akan melakukan proses ULTRAFILTERATION.

Terdapat tiga bahagian renal yang akan melakukan penyerapan semula(REABSORBTION) iaitu : PROXIMAL CONVULUTED TUBULE, LOOP OF HENLE, dan DISTAL TUBULE.

Rembesan untuk mengeluarkan bahan -bahan buangan seperti urea, pigmen dan racun akan berlaku di DISTAL TUBULE.

Semua cecair yang telah ditapis melalui tubul-tubul ini akan terus di salurkan ke tiub pengumpul( COLLECTING DUCT) untuk disalurkan ke pundi kencing melalui ureter.

Perbentukan air kencing tidak boleh berlaku jika ada kerosakan yang berlaku disesebuah organ dalam system tersebut. Contohnya system pembentukan air kencing bagi manusia, ginjal manusia yang mempunyai kerosakan akan mengakibatkan system pembentukan air kencing tidak berlaku seperti sediakala dan menyebabkan berlaku masalah kesihatan yang serius.







Wednesday, 13 February 2019

1.4 KEPENTINGAN PROSES PEMBENTUKAN URIN

Kepentingan Perkumuhan
  • Penyingkiran urea dapat menghalang kita dari jatuh sakit.
  • Penyingkiran garam mineral yang berlebihan dapat mengekalkan  kandungan garam dalam badan.
  • Penyingkiran air yang berlebihan dapat mengawal suhu badan.
  • Penyingkiran karbon dioksida dapat mengawal pH atau keasidan darah.

1.3 CARTA ALIR PROSES PEMBENTUKAN URIN


3 proses pembentukan air kencing
●proses penapisan
●proses penyerapan
●proses rembesan

Proses penapisan(ultraturasan)
Ultraturasan berlaku di renal copuscle iaitu di kapsul bowman dan glomerulus. Ketebalan kapilari dan dinding sel adalah cuma satu(1) sel. Darah beroksigen tidak bertapis akan masuk dari arteri afferen ke kapsul bowman. Perbezaan tekanan darah dalam glomerulus dan tekanan bahan turasan di kapsul bowman menyebabkan  plasma darah tertapis keluar melalui arteri efferen.

  • bahan-bahan koloid( molekul besar)
   Eg: protin, plasma darah dan sel darah tidak tertapis keluar

  • molekul kecil yang ditapis:

 asid amino, garam mineral, asid lemak, glukosa, urea, asid urea dan lain-lain.


Proses resapan semula
Resapan semula berlaku di proximal tubul, liku henle dan distal tubul. Hasil turasan tersebut diserap semula kedalam kapilari darah yang megelilingi tubul kidney. Air juga akan diserap melalui osmosis. Di samping itu, hasil turasan glomerulus dari proksimal tubul akan masuk ke gelung henle.

Proses rembesan
Rembesan berlaku di distal tubul. Di liku henle, hasil turasan masuk ke distal tubul dimana rembesan untuk membuang urea akan berlaku. Turasan terakhir disini akan keluar ke tiub pengumpul kemudian bergerak ke ureter untuk disalurkan kepada pundi kencing. Apabila pundi kencing penuh, spinchter yang mengawal bukaan urethra akan terbuka dan urin(air kencing) akan keluar.

 https://www.slideshare.net/mobile/sarahjamil1/proses-penghasilan-air-kencing

1.2 GAMBARAJAH STRUKTUR YANG TERLIBAT :





contoh gambarajah ginjal manusia
.

Image result for cow kidney
contoh gambar keratan rentas ginjal lembu.

Image result for pig kidney
contoh gambar keratan rentas ginjal babi
.
Image result for goat kidney images
contoh gambar keratan rentas ginjal kambing.

Gambarajah diatas ini pula menunjukkan pelan ringkas perjalanan darah yang membawa bahan tidak tertapis untuk proses filterasi. 
Berdasarkan gambarajah diatas,  proses penghasilan urin melibatkan tiga(3)proses. Pertama, ultrafilterasi(Ultrafilteration) di Kapsul Bowman dan Glomerulus; 
Kedua, Penyerapan Semula berlaku di Tubul Proksimal, Lengkung Henle(Liku Henle) dan Tubul Distal;
Ketiga, Rembesan pula berlaku di Tubul Distal sahaja.


Gambarajah keratan rentas ginjal (organ perkumuhan).



Gambarajah ringkas proses perkumuhan di dalam ginjal.
(AIN)





1.1 FUNGSI-FUNGSI PEMBENTUKAN AIR KENCING



  • Membuang bahan-bahan kumuh yang ada dalam tubuh badan sesuatu organisma. Sebagai contoh tubuh badan manusia menyingkirkan bahan kumuh seperti urea,pigmen, kreatin yang tidak melalui pengeluaran air kencing.


  •  Menyeimbangkan kandungan air, mineral garam dan membantu mengekalkan plasma dan pH darah dalam badan sesuatu organisma hidup.

(Badar)

1.0 PENGENALAN

  • Definisi Perkumuhan: Sesetengah tindakbalas kimia dalam badan membebaskan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.

  • Contoh bahan-bahan yang tidak diperlukan badan antaranya ialah urea,karbon dioksida,garam mineral yang berlebihan dan air yang berlebihan.

  • Organ-organ perkumuhan ialah kulit,peparu dan ginjal.

  • Bahan buangan dibawa dalam darah (melalui kapilari) dari kulit dan peparu untuk disingkirkan dari badan.

  • Bahan-bahan perkumuhan perlu dibuang dari badan kerana jika bahan buangan terkumpul dalam badan ia akan menjadi racun(toksin)dan membahayakan kesihatan.
Organ perkumuhan yang akan dijelaskan selepas ini adalah ginjal(buah pinggang), atau secara perinciannya adalah penghasilan bahan kumuh(urin) didalam ginjal.


(CHI)


KESIMPULAN

Proses pembentukan air kencing (urin) dalah suatu proses yang penting dan berterusan di dalam badan manusia ataupun haiwan. Proses ini m...